top of page

RMK13 Laksana Intervensi Terus Hapuskan Miskin Tegar Di 10 Daerah - Rafizi

  • nabalunews
  • Dec 20, 2024
  • 1 min read

20 Disember 2024


KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanakan langkah intervensi terus dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), untuk menoktahkan kemiskinan tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya adalah di Sabah.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata langkah itu antara lain akan membangunkan kegiatan ekonomi mampan di daerah terbabit yang membolehkan penduduk menjana pendapatan seterusnya mengeluarkan mereka daripada kepompong miskin tegar.


Beliau berkata usaha mengeluarkan penduduk daripada belenggu kemiskinan tegar tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada pindahan wang tunai setiap bulan daripada jabatan atau agensi kerajaan yang terlibat.


“Sebelum ini, sebahagian besar pendekatan makro (untuk menghapuskan miskin tegar) tidak membezakan sangat daerah termiskin dan daerah-daerah lain.


"Melalui RMK13 ini, kita ada strategi khusus untuk campur tangan secara terus di daerah termiskin ini,” katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus RMK13 bersama Kerajaan Negeri Sabah di sini yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di sini pada Khamis.


Sebelum ini, dilaporkan terdapat lapan daerah termiskin di Sabah iaitu Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu manakala dua lagi ialah Pusa di Sarawak dan Lojing di Kelantan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page