Rolou Nulinau Dinobat Juara Festival, The Valley Voices Juara Kategori Kanak-Kanak
- nabalunews
- Apr 27
- 2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
27 April 2026
KOTA KINABALU: Kumpulan Rolou Nulinau dari Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tambulion Kota Belud dinobatkan sebagai Juara Festival (Champion of the Festival) pada Pertandingan Koir Jesselton ke-3 (3rd Jesselton Choir Festival) 2026 yang berlangsung baru-baru ini. Kumpulan itu turut memenangi kategori Remaja (Teenage Category) dan kategori Ensembel Vokal (Vocal Ensemble Category).
Dalam pengumuman rasmi yang dikeluarkan penganjur, anugerah Koir Paling Berprospek (Most Promising Choir) jatuh kepada V.O Joe Choir, manakala Anugerah Khas Lelaki Efisien (Male-Efficient Special Award) dimenangi oleh Anavau Voce. Pengarah Koir Paling Berprospek (Most Promising Conductor) dianugerahkan kepada Encik Gui Foo Chen dari The Valley Voices.
Bagi Kategori Kanak-Kanak (Children Category), The Valley Voices dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hwa Kota Belud muncul sebagai juara kategori dengan markah 82.33 (Gold C). Tempat kedua disandang ChungHwa Likas Children Choir (71.00, Silver B) diikuti SKYLA (66.33, Silver C).
Dalam Kategori Remaja (Teenage Category), selain dinobat sebagai Juara Festival, Rolou Nulinau juga menjadi juara kategori dengan markah 84.00 (Gold C). V.O Joe Choir meraih Silver A (78.33), Semanja Chorale Silver C (68.00), manakala empat kumpulan lagi menerima Bronze A: Kian Kok Mixed Voice Choir (64.67), Smart Ensemble Choir (64.33), Sabah Tshung Tsin Secondary School Sunflower Choir (64.33), dan GAMA Akinabalu (63.33).
Untuk Kategori Terbuka (Open Category), Semanja Chorale muncul juara dengan markah 80.33 (Gold C) sekaligus layak ke pusingan kejuaraan. Ranau Resonance Choir mendapat Silver B (74.67).
Kategori Suara Setara (Equal Voices Category) menyaksikan UMS Bayu Men's Ensemble meraih Gold C (80.33) dan dinobat sebagai juara kategori. Sementara itu, bagi Kategori Ensembel Vokal (Vocal Ensemble Category), Rolou Nulinau Ensemble muncul terbaik dengan Gold C (80.67), diikuti Joesemble (74.67, Silver B), Anavau Voce (70.67, Silver B), dan SeMeNang (67.00, Silver C).
Penganjur mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap agar peserta dapat hadir semula pada Pertandingan Koir Jesselton ke-4 pada tahun hadapan. Festival kali ini berlangsung pada 23 - 24 April 2026 dan menyaksikan penyertaan pelbagai kategori sejak pagi hingga petang.















Comments