RTM siar Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai malam ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

RTM siar Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai malam ini



27 Disember 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai 27 Disember (malam ini) sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Januari 2023.


Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, para peminat bola sepak boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.


“Saya mengambil maklum ramai peminat bola sepak tanah air memohon agar perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric disiar di saluran RTM.


“Saya juga telah berbincang dengan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang turut mencadangkan perkara yang sama.


“Oleh itu, sukacita saya maklumkan bahawa saluran RTM akan menyiarkan perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai 27 Disember 2022 (malam ini) sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Januari 2023,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Fahmi berkata, siaran RTM itu merupakan siaran tidak berbayar (free to air - FTA) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan.

bottom of page