RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 dibentang, perkukuh jaringan keselamatan sosial

4 November 2025
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang dibentangkan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, untuk Bacaan Pertama di Dewan Rakyat hari ini menandakan langkah penting dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial negara.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi kenyataan memaklumkan pindaan itu sejajar dengan keputusan Jemaah Menteri untuk menyemak semula Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) agar lebih dinamik dan responsif terhadap keperluan pasaran buruh semasa.
“Ia bertujuan meningkatkan faedah kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan, menggalakkan mobiliti tenaga kerja.
“Selain itu, menambah baik kecekapan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk melaksanakan program penempatan pekerjaan semula serta memperkukuh tadbir urus pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP),” menurut kenyataan itu pada Selasa.
Melalui pindaan itu, beberapa penambahbaikan dibuat dengan peningkatan kadar faedah sedia ada dan pengenalan faedah baharu iaitu Elaun Bantuan Mobiliti (EBM), memberi manfaat perlindungan dan sokongan latihan sehingga RM25,000 kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan.
KESUMA memaklumkan bagi faedah EBM, pencarum juga layak menerima RM1,000 sekali bayar sekiranya menerima pekerjaan yang lebih 100 kilometer dari rumah.
“Selain itu, Elaun Berkerja Semula Awal (EBSA) juga dinaikkan kepada 50 peratus daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang belum dibayar berbanding 25 peratus sebelum ini, selain peningkatan Elaun Latihan (EL) kepada RM30 sehari dan Fi Latihan (FL) kepada RM7,000,” jelas kementerian itu.
Bacaan Kedua dan Ketiga RUU itu dijadual dibentangkan pada sesi Parlimen Disember ini.
Menurut KESUMA, pindaan akta tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan sistem perlindungan sosial negara kekal inklusif, mampan dan berdaya tahan.
“Ia juga memperkukuh pernan KESUMA dalam memastikan setiap pekerja dilindungi dan berpeluang kembali ke pasaran kerja dengan lebih cepat dan berkesan,” kata kementerian itu.















Un resultado loteria bien organizado permite revisar rápidamente los números publicados y conocer a qué fecha corresponden. Considero que este tipo de presentación es especialmente útil porque evita mezclar datos de diferentes jornadas y hace que la consulta sea mucho más cómoda.
This is a heartfelt reflection on faith, compassion, and the lasting impact of love in our daily lives. Messages like these encourage people to lead with kindness, strengthen their communities, and inspire positive change. Thank you bjj gear sale for sharing such meaningful insights during the Lenten season. In a different field, a trusted leather aprons leather hooded jacket for cooking helps contractors build successful projects through accurate planning, detailed estimates, and reliable cost management.
Thank you for sharing! Poor Bunny
The action-platformer geometry dash subzero is based on rhythm, and time is very important. Your icon goes forward on its own, so you don't have to walk slowly, aim carefully, or take a long time to set up. The game keeps moving you forward, and it's your job to act at the right time. A small jump can change the whole run. One late tap can ruin a part right away. The constant stress is what makes the game interesting, not boring.
Traffic Jam 3D is a fun traffic-dodging game that will teach you everything from fundamental manoeuvres to agile car management techniques. As you continue through the levels, your reflexes will improve and you will be better able to manage complex scenarios. Its realistic graphics and inventive gameplay combine to produce an exciting and enjoyable experience.