Sabah alu-alukan peluang kerjasama strategik dengan Norway
- nabalunews
- May 28
- 1 min read

28 Mei 2026
KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan peluang kerjasama strategik dengan negara Scandinavia, Norway, khususnya dalam bidang pembangunan lestari, ekonomi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, komitmen Sabah terhadap agenda pembangunan lestari membuka ruang kepada pelbagai bentuk kerjasama dengan negara berkenaan, termasuk dalam sektor pelancongan dan pembangunan teknologi.
Perkara itu disampaikan beliau ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Norway ke Malaysia, Marianne Fosland, di Menara Kinabalu di sini pada Selasa.
Menurut Hajiji, Sabah sentiasa terbuka untuk meneroka peluang kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri secara mampan.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi eko pelancongan bertaraf antarabangsa serta potensi kerjasama dalam promosi pelancongan antara Eropah dan Sabah.
Fosland turut diiringi Timbalan Ketua Misi Norway ke Malaysia, Knutt Granli.















Comments