Sabah catat 1,728 kes positif baharu harian, 15 kematianSabah catat 1,728 kes positif baharu harian, 15 kematian
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Sabah catat 1,728 kes positif baharu harian, 15 kematian



16 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini meningkat kepada 1,752 kes berbanding 1,665 kes kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 106,830 kes.


Sebanyak 15 kes kematian turut dilaporkan hari ini, iaitu Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mencatatkan lima kes manakala Sandakan, Penampang, Keningau, Tuaran dan Sipitang masing-masing mencatatkan satu kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tertinggi harian iaitu sebanyak 361 kes, diikuti Tawau dengan 254 kes, Sandakan (243 kes), Tuaran (149 kes), dan Penampang (138 kes).


"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes-kes baharu di negeri Sabah dengan 955 kes bersamaan 55.26 peratus.


"Selebihnya, saringan bergejala merekodkan 461 kes, saringan kluster merekodkan 141 kes, saringan bersasar pula sebanyak 12 kes dan saringan lain-lain kes merekodkan sebanyak 158 kes daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Peratusan kes daripada saringan bergejala di Kota Kinabalu, Tawau, Penampang dan Sandakan amat tinggi, dengan Kota Kinabalu sebanyak 43.2 peratus, Penampang 38.4 peratus, Tawau 30 peratus dan Sandakan 22.2 peratus.


"Daripada keseluruhan kes hari ini, 763 kes adalah daripada dalam Kategori 2, 587 kes dalam Kategori 1, 10 kes dalam Kategori 3, dan satu kes masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5," katanya.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 1,508 orang menjadikan jumlah kumulatif 89,704 orang.


“Seramai 5,131 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,181 orang di hospital, 3,903 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 39 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala lapan orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 196 orang dan 66 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page