SABAH CATAT 104 KES POSITIF BAHARU COVID-19 HARI INI (1 MAC)SABAH CATAT 104 KES POSITIF BAHARU COVID-19 HARI INI (1 MAC)
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 104 KES POSITIF BAHARU COVID-19 HARI INI (1 MAC)


1 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 104 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,990 kes.


Hari ini, dua kes kematian dilaporlkan iaitu masing-masing satu di Tenom dan Keningau.



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 104 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 50 kes (48.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 10 kes (9.6%), saringan kluster sedia ada 31 kes (29.8%), dan 13 kes (12.5%) adalah dari lain-lain kategori.


"Daerah Nabawan mencatatkan kes baharu tertinggi hari ini sebanyak 21 kes, diikuti Sandakan sebanyak 15 kes, Kota Kinabalu (12 kes), Keningau dan Kota Belud masing-masing sembilan kes, Tawau (lapan kes), Tuaran (tujuh kes), Papar (lima kes).


"Kota Marudu dan Penampang masing-masing empat kes, Beluran, Putatan dan Tambunan masiing-masing dua kes, Kunak, Kalabakan, Kudat dan Kuala Penyu masing-masing satu kes," katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.



Masidi berkata, pada hari ini seramai 74 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,436 orang.


“Pada hari ini juga sejumlah 722 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 248 orang di hospital, 466 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 31 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Daerah Kota Belud berubah dari zon jingga ke zon merah, Beluran dari zon kuning ke zon jingga dan Kuala Penyu dari zon hijau ke zon kuning.



bottom of page