top of page

SABAH CATAT 105 KES BAHARU, SATU KEMATIAN HARI INI (24 FEB)

Wartawan Nabalu News



24 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 105 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,373 kes dan satu kes kematian direkodkan di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes positif hari ini sebanyak 58 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (16 kes), saringan kluster baharu dan sedia ada (25 kes), PERKESO (satu kes) dan lima kes dari lain-lain kategori.

"Daerah Kota Kinabalu mencatatkan 24 kes, Nabawan (19 kes), Keningau (15 kes), Tawau dan Lahad Datu masing-masing 12 kes, Kalabakan (tujuh kes), Tuaran (enam kes), Sandakan, Putatan dan Tenom masing-masing dua kes, Kota Belud, Penampang dan Kinabatangan masing-masing satu kes.


"Sebanyak 13 daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam iaitu Kota Marudu, Beluran, Pitas, Papar, Beaufort, Telupid, Semporna, Ranau, Tambunan, Sipitang, Kunak, Kuala Penyu dan Tongod," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.


Masidi berkata, hari ini seramai 190 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,925 orang.

“Pada hari ini juga sejumlah 799 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 300 orang di hospital, 489 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 10 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS)/ Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 41 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Comments


bottom of page