top of page

SABAH CATAT 132 KES BAHARU, MENINGKAT 35 KES

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 16, 2021
  • 1 min read

Perkembangan kes Covid-19 di Sabah hari ini (16 Feb).

16 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 132 kes positif baharu Covid-19 hari ini, meningkat 35 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,561 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, penambahan kes hari ini banyak disumbang daripada Kluster Jalan Tiga KKIP Kota Kinabalu sebanyak 39 kes baharu.


Beliau berkata, satu kes kematian turut direkodkan hari ini iaitu di Keningau.

"Daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 47 kes, diikuti Keningau sebanyak 20 kes, Sandakan (12 kes), Papar (11 kes), Tawau dan Kota Belud masing-masing lapan kes, Kalabakan dan Putatan masing-masing tujuh kes.


"Lahad Datu (empat kes), Penampang (dua kes), Tuaran, Kota Marudu, Semporna, Beluran, Sipitang dan Beaufort masing-masing satu kes.


"Sebanyak 11 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Kinabatangan, Nabawan, Tenom, Kunak, Kudat, Pitas, Telupid, Ranau, Tambunan, Kuala Penyu dan Tongod," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Masidi berkata, hari ini seramai 164 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 49,702 orang.


Beliau berkata, sejumlah 898 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 372 orang di hospital, 524 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 61 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page