Sabah catat 188 kes baharu Covid-19 pada hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat 188 kes baharu Covid-19 pada hari ini


6 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 188 kes baharu Covid-19 hari ini, iaitu penurunan 10 kes berbanding jumlah semalam.


Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun, berkata jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah seimbang.


“Tiga lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam. Perubahan angka di kebanyakan daerah adalah pada jumlah yang kecil kecuali Beaufort dan Kota Kinabalu yang masing-masing mencatatkan penurunan -12 kes.


“Peratusan jangkitan sporadik terus naik dan hari ini hampir 62 peratus daripada 58 peratus semalam,” katanya.


Sementara itu, lebih separuh (14) daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama jangkitan baharu di daerah-daerah tersebut.


“Antaranya ialah Kota Kinabalu (83peratus), Penampang (78peratus) dan Beaufort (80 peratus).


“Terdapat tujuh daerah mencatatkan kes dua angka, 17 daerah mencatatkan kes satu angka sementara tiga daerah lagi iaitu Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak merekodkan sebarang kes baharu pada hari ini.


“Sebanyak 183 atau 97.34 peratus daripada 188 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5," katanya.


Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page