Sabah catat 2,874 kes hari ini, menurun 861 kes
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat 2,874 kes hari ini, menurun 861 kes



27 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah kes baharu di bawah paras 3,000 buat pertama kalinya sejak 10 Februari lalu dengan 2,874 kes pada hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini merupakan penurunan sebanyak 861 kes berbanding jumlah semalam.


Katanya, sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di daerah Tawau, Keningau, Kota Kinabalu dan Kota Belud.


“Peratusan kes jangkitan sporadik masih tinggi, 58.8 peratus hari ini, dan trend menurun sejak beberapa hari belum pasti boleh bertahan.


“Kes-kes tertunggak (daftar lewat) juga masih tinggi dan ini akan mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari sehinggalah semua ‘backlogs’ di ‘bersihkan’.


“Berdasarkan keadaan semasa dan bagi tujuan pendataan, semua kes yang direkodkan dalam tempoh lima hari dikira oleh JKNS sebagai jumlah kes semasa (actual kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, sebanyak 21 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dengan beberapa daerah mencatatkan jumlah penurunan yang agak besar. Antaranya Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan, Tenom, Papar, Kota Belud, Tawau dan Keningau.


Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini 2,859 atau 99.47 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2, enam kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalan Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5.


Mengenai pemberian vaksin kepada kanak-kanak, Masidi berkata, setakat ini PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 42,823 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak divaksin.


“Sebanyak 353 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 171 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun)," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page