SABAH CATAT 228 KES POSITIF BAHARU HARI INISABAH CATAT 228 KES POSITIF BAHARU HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 228 KES POSITIF BAHARU HARI INI



4 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 228 kes positif baharu Covid-19, hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 70,457 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan jangkitan baharu hari ini diperolehi daripada saringan bersasar iaitu sebanyak 115 kes, diikuti Saringan Kontak Rapat (84 kes), Saringan Bergejala (13 kes), Saringan lain-lain kes (sembilan kes) dan tujuh ke daripada saringan kluster.


“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 120 kes, berpunca daripada Saringan Kluster baharu iaitu Kluster Bahtera Barat sebanyak lima kes yang sehingga kini mencatatkan kumulatif 18 kes, Saringan Kontak Rapat (18 kes), Saringan Bersasar (92 kes).


“Daripada 92 kes saringan bersasar di Kota Kinabalu, Saringan Bersasar secara besar-besaran di Pulau Gaya iaitu Kampung Pondo (30 kes) dan Kampung Laban Pulau Gaya (62 kes), Saringan Bergejala empat kes dan satu kes daripada Saringan Lain-lain kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, lima daerah mencatatkan peningkatan kes berbanding kelmarin iaitu Kota Kinabalu 120 kes, peningkatan (48 kes), Putatan 19 kes, peningkatan (+15) kes, Kunak sembilan kes, peningkatan (+9) kes, Kalabakan tiga kes, peningkatan (+2) kes dan Kota Belud Kota Belud 12 kes, peningkatan (+1) kes.


“Manakala 11 lagi daerah mencatatkan penurunan kes berbanding semalam

(03 Julai) iaitu, Tawau 18 kes, penurunan (-94), Kudat dua kes, penurunan (-32), Pitas satu kes, penurunan (-11), Sandakan sembilan kes, penurunan (-10), Beaufort 24 kes, penurunan (-10).


“Penampang sifar kes, penurunan (-3), Keningau satu kes, penurunan (-3), Lahad Datu sifar kes, penurunan (-2), Semporna dua kes, penurunan (-2), Kota Marudu dua kes, penurunan (-1) dan Tuaran sifar kes, penurunan (1-),” katanya.


Katanya lagi, sebanyak 13 daerah mencatatkan sifar kes pada hari ini iaitu, Beluran, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu, Tongod, Ranau, Tuaran, Penampang, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 120 menjadikan jumlah kumulatif 67,877 orang.


“Seramai 1,769 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 398 orang di hospital, 1,163 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 208 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 56 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page