SABAH CATAT 251 KES BAHARU COVID-19 HARI INI, MENURUN 72 KES BERBANDING KELMARINSABAH CATAT 251 KES BAHARU COVID-19 HARI INI, MENURUN 72 KES BERBANDING KELMARIN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 251 KES BAHARU COVID-19 HARI INI, MENURUN 72 KES BERBANDING KELMARIN



10 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 sebanyak 72 kes iaitu daripada 323 kes kelmarin kepada 251 kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif 72,042 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 251 kes jangkitan baharu hari ini, 55 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 76 kes adalah daripada saringan kluster, 37 kes adalah daripada saringan bergejala, 77 kes daripada saringan bersasar dan enam kes adalah daripada lain-lain kes.


"Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini dengan 89 kes, diikuti Beaufort (34 kes), Kudat (28 kes), Tongod (19 kes), Tawau (15 kes), Pitas (11 kes), Kota Marudu dengan sembilan kes, serta Putatan dan Sipitang masing-masing dengan lapan kes.


"Manakala Penampang dan Sandakan pula masing-masing merekodkan tujuh kes, Tuaran (enam kes), Papar dan Keningau masing-masing lima kes, Lahad Datu dan Kuala Penyu masing-masing dua kes, serta satu kes masing-masing direkodkan di Kota Belud, Kinabatangan dan Semporna," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Menurut Masidi, 82 kes di Kota Kinabalu adalah berpunca daripada Saringan Kluster (36) kes daripada enam (6) kluster iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu satu (1) kes, Kluster Agora Borneo (23) kes, Kluster Lorong Berjaya satu (1) kes dan Kluster Bahtera Barat satu (1) kes, Kluster Jalan Kayu Madang satu (1) kes dan Kluster KKIP Empat Timur sembilan (9) kes. Manakala 18 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat, lima kes adalah daripada Saringan Bergejala, 22 kes daripada Saringan Bersasar, satu kes daripada Saringan Lain-lain kes.


"Sebanyak lapan daerah mencatatkan sifar kes Beluran, Telupid, Kalabakan, Ranau, Tenom, Nabawan, Tambunan dan Kunak serta bilangan daerah Zon Hijau telah berkurang kepada dua daerah.


Berkenaan jumlah kes sembuh Masidi berkata, seramai 137 pesakit Covid-19 telah sembuh atau discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 69,106 orang.


“Seramai 1,941 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 381 orang di hospital, 1,452 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 108 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 48 orang dan 15 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page