Sabah catat 3,971 kes baharu, 9 kes kematian hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat 3,971 kes baharu, 9 kes kematian hari ini



23 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini sebanyak 3,971 kes menurun 435 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah kumulatif 321,623 kes.


Sembilan kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Kota Kinabalu, dua kes di Penampang dan Sandakan manakala masing-masing satu kes di Beaufort dan Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, 13 daerah merekodkan kes baharu tiga angka iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Tawau, Papar, Sandakan, Keningau, Kota Belud, Beaufort, Putatan, Kota Marudu, Lahad Datu dan Ranau.


“Peratusan jangkitan sporadik (kes bergejala) hari ini amat tinggi, iaitu 67.41 peratus dan satu petanda bahawa kes-kes baharu boleh bertambah secara mendadak pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, sejumlah 99.09 peratus atau 3,935 daripada 3,971 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, sebanyak 12 kes dalam Kategori 3, Kategori 4 (17 kes) dan Kategori 5 sebanyak tujuh kes.


Beliau berkata, setakat ini, PICKids Sabah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 32,047 kanak kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak untuk divaksin.


“Sebanyak 505 kes pada hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 209 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun),” katanya.


Mengenai bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh, seramai 3,383 orang sembuh termasuk yang discaj dari hospital/PKRC pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif 269,105 orang.


“Manakala 2,505 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,330 orang di hospital, 1,022 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 152 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 75 orang merangkumi 53 di ICU/repurposed kritikal care serta 22 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 40 orang lagi memerlukan alat bantuan

Pernafasan.


“Bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 76 (24.52%),” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page