SABAH CATAT 370 KES BAHARU COVID-19 HARI INISABAH CATAT 370 KES BAHARU COVID-19 HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 370 KES BAHARU COVID-19 HARI INI



15 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 370 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini iaitu peningkatan 84 kes berbanding 286 kes semalam (13 Julai), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 73,506 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kes kematian dilaporkan hari ini iaitu satu kes masing-masing di Keningau dan Semporna.


Masidi berkata, daripada jumlah kes baharu itu 148 kes daripada saringan kontak rapat, saringan kluster (115 kes), saringan bergejala (21 kes), saringan bersasar (36 kes) dan 50 kes saringan lain-lain kes.


"Daerah Kota Kinabalu (113 kes) dan Tawau (55 kes) mendominasi bilangan kes tertinggi hari ini yang menyumbang 45.4 peratus daripada jumlah kes negeri ini.


“Kes yang tinggi di Kota Kinabalu pada hari ini adalah berpunca daripada saringan Kluster (60 kes) yang melibatkan Kluster Tembok Kota Kinabalu (49 kes), Kluster Agora Borneo (lima kes), dan Kluster Jalan Kayu Madang (enam kes). Sebanyak 17 kes lagi adalah daripada saringan kontak rapat, lapan kes daripada saringan bergejala, 24 kes daripada saringan bersasar dan empat dari saringan lain-lain kes.


“Manakala kes tinggi di Tawau pula berpunca daripada saringan Kluster Serudung Baru yang merekodkan 10 kes, saringan kontak rapat (enam kes), saringan bergejala (satu kes), saringan bersasar (tiga kes) dan saringan lain-lain kes sebanyak 35 kes.


Beliau berkata, sebanyak lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Lahad Datu, Kunak, Kalabakan, Tongod, Tenom, Nabawan dan Tambunan.


“Setakat ini, daerah Zon Hijau masih kekal dua daerah iaitu di Telupid dan Beluran,” katanya.


Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh sebanyak 230 orang menjadikan jumlah kumulatif 70,413 orang.


“Seramai 2,226 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 417 orang di hospital, 1,709 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 100 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 53 orang dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page