Sabah catat 372 kes Covid-19 baharu, penurunan sebanyak 64 kes berbanding semalam
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat 372 kes Covid-19 baharu, penurunan sebanyak 64 kes berbanding semalam

25 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Jumlah kes harian Covid-19 di Sabah pada hari ini kini telah turun dibawah angka 400 dengan 372 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 365,923 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes harian di Sabah hari ni menunjukkan penurunan sebanyak 64 kes berbanding jumlah semalam.

“Kota Kinabalu kembali mencatat jangkitan baharu dua angka dengan 96 kes berbanding 123 kelmarin.

“Ini bermakna tidak ada lagi daerah di Sabah yang mencatat kes harian tiga angka. Beberapa daerah yang berhampiran dengan Kota Kinabalu seperti Papar, Putatan dan Tuaran mencatat angka baharu yang lebih rendah, tetapi Penampang merekodkan pertambahan enam kes berbanding semalam.

“Manakala, peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik turun sedikit daripada 66.06 peratus semalam kepada 58.33 peratus hari ini tetapi angka ini masih dianggap tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Masidi, kadar jangkitan sporadik di Kota Kinabalu ialah 55.2 peratus, Penampang 64.2 peratus, Putatan 61.9 peratus dan Tuaran 52.2 peratus Ini bermakna risiko jangkitan secara sporadik masih tinggi.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP semasa berada di khalayak ramai, khususnya di tempat-tempat yang penuh sesak.

“Walaupun jumlah jangkitan baharu menurun hari ini tetapi daerah yang mencatatkan kes dua angka bertambah daripada 10 daerah kelmarin kepada 11 daerah. Ini tidak termasuk Kota Kinabalu yang mencatat hanya dua angka kes baharu hari ini berbanding tiga angka sebelumnya,” katanya.

Ujara beliau, sebanyak 13 daerah (15 daerah kelmarin) mencatat kes satu angka sementara Semporna dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.

Tambah beliau, pergerakan turun naik kes harian agak sukar diramal dan ianya banyak dipengaruhi oleh sikap serta kadar pematuhan orang ramai terhadap semua SOP yang berkuatkuasa.

Dalam pada itu, dua kluster ditamatkan oleh JKNS hari ini iaitu Kluster Tembok di Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Bandau di Kota Marudu. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah tujuh kluster.

“Seramai 364 atau 97.85 peratus daripada 372 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

“Sebanyak dua kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Pitas dan Kota Belud,” kata beliau.

Sabah catat 372 kes Covid-19 baharu, penurunan sebanyak 64 kes berbanding semalam

KOTA KINABALU: Jumlah kes harian Covid-19 di Sabah pada hari ini kini telah turun dibawah angka 400 dengan 372 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 365,923 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manun berkata, kes harian di Sabah hari ni menunjukkan penurunan sebanyak 64 kes berbanding jumlah semalam.

bottom of page