top of page

SABAH CATAT 466 KES BAHARU COVID-19

  • nabalunews
  • Oct 30, 2020
  • 1 min read

30 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 466 kes (58.3 peratus) daripada 799 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 10,392 kes.


"Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada 466 kes jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah, 126 kes daripada kluster-kluster, termasuk 70 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok dan Kluster Sembulan; 193 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 147 kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page