SABAH CATAT 64 KES BAHARU, SATU KEMATIAN HARI INISABAH CATAT 64 KES BAHARU, SATU KEMATIAN HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 64 KES BAHARU, SATU KEMATIAN HARI INI



9 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 64 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,621 kes dan satu kes kematian dilaporkan di daerah Kota Kinabalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 19 kes, diikuti Kota Marudu 10 kes, Telupid (tujuh kes), Keningau (enam kes), Kudat (lima kes), Nabawan dan Tuaran masing-masing tiga kes.



“Kalabakan, Sandakan dan Beluran masing-masing dua kes, Putatan, Tawau, Kota Belud, Kunak, Kinabatangan dan Penampang masing-masing satu kes.


“Sebanyak 12 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Penampang, Ranau, Tenom, Pitas, Papar, Lahad Datu, Kuala Penyu, Semporna, Sipitang, Tambunan, Beaufort dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 64 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 32 kes (50%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 11 kes (17.2%), saringan

kluster sedia ada 15 kes (23.4%) dan enam kes (9.4%) adalah dari lain-lain kategori.


“Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital ialah 121 menjadikan jumlah kumulatif 52,411 orang.


"Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 584 orang iaitu 210 orang di hospital manakala 374 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU ialah 19 orang dan lapan orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


bottom of page