Sabah catat 641 kes baharu, enam kematianSabah catat 641 kes baharu, enam kematian
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Sabah catat 641 kes baharu, enam kematian


22 Okt 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 641 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 212,970 kes. Enam kes kematian turut dilaporkan iaitu dua kes di Tawau dan Keningau manakala Ranau dan Sandakan masing-masing satu kes kematian. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes paling tinggi dengan 70 kes meningkat 23 kes berbanding semalam. “Sebanyak 63 kes daripada jumlah keseluruhan kes di Kota Kinabalu adalah kes-kes lewat daftar setelah keputusan saringan diketahui. “Di Tenom hanya satu kes berlaku sepanjang 24 jam yang lalu, sementara 33 kes lagi adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih. Di Lahad Datu, 26 kes daripada 51 kes merupakan kes lewat daftar,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Masidi berkata, secara keseluruhannya 274 kes atau 42.7 peratus daripada 641 kes hari ini adalah kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih lama. Katanya, kes-kes melalui Saringan Kontak Rapat masih menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah. Mengenai bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh, 608 orang (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 202,074 orang. “Manakala 2,021 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 772 orang di hospital, 1,231 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 23 orang di Pusat Tahanan Sementara(PTS) / Penjara manakala tiga orang di fasiliti swasta. “Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 94 orang merangkumi 90 di ICU/repurposed kritikal care serta empat di open ward (HDW/kubikel akut) dan 29 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page