SABAH CATAT 657 KES BAHARU COVID HARI INI, DUA KEMATIANSABAH CATAT 657 KES BAHARU COVID HARI INI, DUA KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 657 KES BAHARU COVID HARI INI, DUA KEMATIAN


20 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 657 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 76,453 kes. Dua kes kematian turut dilaporkan masing-masing di Kota Belud dan Tawau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes hari ini sebanyak 317 kes adalah daripada Saringan Kluster yang didominasi oleh “kluster penjara” iaitu sebanyak 245 kes bersamaan 37.3 peratus daripada kumulatif kes harian. Beliau berkata, Kota Kinabalu masih mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 248 kes yang kebanyakannya daripada saringan kluster-kluster sedia ada. “Daripada jumlah keseluruhan kes baharu di Kota Kinabalu 145 kes adalah daripada Kluster Tembok (131), Kluster Agora Borneo (lapan), Kluster KKIP Empat Timur (lima) dan Kluster Lorong Berjaya (satu kes). “Sebanyak 70 kes lagi daripads saringan kontak rapat, saringan bergejala (20), Saringan Bersasar (tiga) dan saringan lain-lain kes sebanyak sepuluh kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, Tawau menjadi daerah kedua mencatatkan jumlah kes tertinggi sebanyak 137 kes yang kebanyakannya disumbangkan oleh kluster Tembok Tawau Dua dan Kluster Serudung Baru. Daerah yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini ialah Kota Kinabalu dengan 248 kes, Tawau (137 kes), dan Beaufort (66 kes). Masidi berkata, daerah Zon Hijau telah berkurang kepada satu daerah iaitu di Tambunan. Dari segi jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh, pada hari ini 285 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 71,748 orang. “Seramai 3,486 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 502 orang di hospital, 1,970 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 1,014 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 59 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page