Sabah catat 761 kes baharu Covid-19, 11 kematianSabah catat 761 kes baharu Covid-19, 11 kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat 761 kes baharu Covid-19, 11 kematian



9 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes harian jangkitan Covid-19 hari ini meningkat sedikit kepada 761 kes berbanding 705 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 204,954 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 11 kes kematian juga dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes masing-masing di Lahad Datu manakala Putatan, Sandakan, Kudat, Keningau, Tongod, Semporna, Kota Kinabalu, Nabawan dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


Tambahnya, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini kerana terdapat kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.


"Penambahan kes di beberapa daerah hari ini seperti Kota Kinbalu yang kembali mencatat jumlah kes tiga angka (104 kes) telah meyumbang kepada kes harian pada hari ini.


“Antara daerah lain yang merekodkan peningkatan kes ialah Tuaran 59 (+29) kes, Ranau 54 (+9) kes, Tenom 52 (+22) kes, Keningau 45 (+9) kes dan Lahad Datu 42 (+7) kes.," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, daripada jumlah kes jangkitan yang direkodkan hari ini, 120 kes adalah pesakit dalam Kategori 1, Kategori 2 (574 kes), Kategori 3 (lima kes), dan empat kes masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5.


"Hampir 38 peratus bersamaan 286 kes daripada kes harian pada hari ini adalah daripada saringan bergejala dan 54.14 peratus (412 kes) adalah saringan kontak rapat. Keadaan ini menunjukkan jangkitan dalam komuniti kekal tinggi.


“Peratusan kes melalui saringan bergejala yang tinggi di banyak daerah harus menjadi satu peringatan kepada masyarakat agar berhati-hati bila berada di khalayak ramai.


“Patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan penjagaan kesihatan diri. Anggap diri kita sebagai ‘frontliners’ dalam usaha membendung penularan COVID-19. Elak menjadi pembawa virus ke rumah kita sendiri dan menjangkiti orang-orang yang tersayang," ujarnya.


Sementara itu, bilangan pesakit sembuh pada hari ini ialah 950 termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), menjadikan jumlah kumulatif 191,122 orang.


Manakala 2,491 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,018 orang di hospital, 1,460 orang di PKRC Awam, sembilan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara manakala empat orang di fasiliti swasta.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 123 orang merangkumi 111 di ICU serta 12 di kubikel akut dan 48 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page