top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat antara kes Covid-19 terendah sejak kemunculan virus itu di negeri ini, iatu 14 kes


1 May 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Setelah sekian lamanya, Sabah mencatatkan 14 kes baharu Covid-19 hari ini, ianya antara angka terendah sejak virus COVID-19 dikesan di Sabah.


Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ianya merupakan penurunan 34 kes berbanding jumlah kelmarin.


“Hanya lima daerah daripada 27 daerah di Sabah merekodkan jangkitan baharu, iaitu Kota Kinabalu 6 kes (-6), Sandakan 4 kes (-2), Papar 2 (+2), dan masing-masing satu kes di Beluran dan Kunak.


“Dalam pada itu, tidak ada kes baharu dikesan di 22 daerah lain dalam tempoh 24 jam yang lalu.


“13 daripada 14 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sementara satu kes lagi dalam Kategori 3. Tidak ada kes baharu dalam Kategori 4 dan Kategori 5,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Masidi berkata tiada kes kematian telah dilaporkan di Sabah hari ini.

Comments


bottom of page