Sabah catat penurunan kes harian Covid-19 di bawah paras 200Sabah catat penurunan kes harian Covid-19 di bawah paras 200
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat penurunan kes harian Covid-19 di bawah paras 200


12 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 di bawah paras 200 kes hari ini berbanding jumlah kes harian sebelum ini.


Jumlah kes Covid-19 di Sabah hari ini menunjukkan penurunan mendadak di mana 197 kes direkodkan, menurun 90 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 237,122 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masid Manjun berkata sejak sekian lamanya kes harian di negeri ini, kini mencatatkan di bawah paras 200.


“Beberapa daerah di Sabah merekodkan penurunan kes baharu pada kadar yang agak besar. Kota Kinabalu turun 30 kes, Papar turun 20 kes, Ranau berkurangan 11 kes, Putatan turun 19 kes dan Tenom susut 7 kes.


“Bagaimanapun beberapa daerah lain mencatat kes harian yang lebih tinggi termasuk Tuaran yang menambah 17 kes (35) dan menjadi penyumbang tertinggi kes-kes baharu di Sabah hari ini.


“Kes-kes baharu di Kota Belud dan Penampang juga bertambah tetapi dalam jumlah yang kecil,” katanya di dalam satu kenyataan media hari ini.


Selain itu, Masidi berkata jumlah daerah yang tidak melaporkan sebarang kes baharu juga semakin bertambah di mana lapan daerah mencatat sifar kes dan 13 daerah mencatat jumlah kes baharu di bawah paras 10.


Tambahnya setakat ini, seramai 194 orang daripada 197 pesakit atau 98.4 peratus kes yang dilaporkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dan hanya seorang pesakit dalam Kategori 4. Sementara itu dua kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).


Berdasarkan statistik kes seharian pada 11 Disember, jangkaan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT bagi seluruh Negara ialah 0.97 manakala bagi negeri Sabah, 0.87.

Bagaimanapun satu kes kematian telah dilaporkan pada hari ini di daerah Keningau.


“Bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 335 termasuk yang discaj dari hospital dan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 227,760 orang.


“Manakala 1,042 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 526 orang di hospital, 507 orang di Pusat PKRC, tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara dan dua orang di fasiliti swasta.


“Manakala bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 48 orang merangkumi 46 di ICU serta dua di open ward kubikel akutmanakala 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. Selain itu bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 40 atau 31.75 peratus.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page