Sabah catat PNGK 2.70 dalam STPM 2021
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat PNGK 2.70 dalam STPM 2021



18 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.70, menurun sebanyak 0.01 mata berbanding tahun 2020, iaitu 2.71 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tah Nia Jaman berkata, bagaimanapun pencapaian calon STPM 2021 secara keseluruhannya dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2020.


“Ini kerana perbezaan yang sangat kecil, iaitu hanya sebanyak 0.01 mata dan perbezaan ini tidak menggambarkan siginifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2021 berbanding dengan calon STPM 2020.


“Dari segi pencapaian, calon yang memperolehi keputusan 5P seramai 425 calon (5.89%), 4P seramai 4,763 calon (66.06%), 3P seramai 1,126 (15.62%), 2P seramai 519 (7.20%) dan 1P seramai 276 (3.83%).


“Jumlah calon lulus adalah seramai 7,109 (98.60%) daripada 7,210 calon yang menduduki pada tahun 2021 berbanding seramai 7,332 (98.96%) pada tahun 2020 terdapat penurunan sebanyak 0.36%,” katanya.


Sebanyak 98 buah Sekolah Kerajaan melibatkan 104 buah pusat peperiksaan STPM Tahun 2021.


Bagi pencapaian calon kawasan bandar dan luar bandar, Tah Nia berkata, 20 buah pusat peperiksaan terletak di kawasan bandar dengan pencapaian lulus sebanyak 98.45 peratus manakala 84 buah sekolah di luar bandar mencapai lulus sebanyak 97.40 peratus.


“Ini menunjukkan jurang perbezaan lulus antara bandar dan luar bandar sangat kecil iaitu 1.05 peratus,” katanya.


Mengenai pencapaian calon mengikut kelulusan penuh, Tah Nia berkata, peratusan calon STPM 2021 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran berbanding STPM 2020 didapati menurun sebanyak 0.5 peratus, iaitu daripada 72.45 peratus pada 2020 kepada 71.95 peratus pada tahun 2021.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page