Sabah catat satu kluster baharu libatkan jemaah umrahSabah catat satu kluster baharu libatkan jemaah umrah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat satu kluster baharu libatkan jemaah umrah


23 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan kelmarin dikenali sebagai Kluster Millenium Saudi - Sandakan melibatkan jemaah umrah yang baru tiba di

Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikategorikan kluster import.


“Kes indeks adalah lelaki tempatan, 40 yang mempunyai sejarah perjalanan menunaikan umrah bermula 04 hingga 15 Disember di Arab Saudi.


"Kes indeks yang menjalani saringan sebelum melakukan perjalanan didapati negatif. Setibanya di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kes indeks menjalani saringan RT-PCR dan terus ke Sandakan serta menjalani kuarantin wajib di rumah.


"Bagaimanapun, kes indeks dikesan positif Covid-19 menerusi keputusan RT-PCR pada 17 Disember," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.


Masidi berkata, siasatan lanjut mendapati 10 lagi kes positif dikenal pasti selepas saringan dilakukan kepada 57 kontak rapat yang terdiri daripada ahli rombongan umrah menjadikan jumlah kes kumulatif dalam kluster ini adalah 11 kes.


"Semua pesakit beserta kontak rapat telah dikuarantin dan diberi rawatan yang sesuai," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page