top of page

Sabah dahulu dan kini

Wartawan Nabalu News
Sep 16, 2021
5 min read

16 September 2021

Oleh Jacquline Ebit dan Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun merupakan hari bersejarah buat negara kerana ianya merupakan hari pembentukan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963.


Bagaimanapun, pada tahun 1965 Singapura mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia dan meninggalkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.


Selepas 58 tahun pembentukan Malaysia, sudah pastinya ramai rakyat, terutamanya di Sabah ingin melihat Sabah untuk maju seiring dengan negeri-negeri lain.


Dalam tinjauan Nabalu News, ramai yang bersetuju terdapat perubahan yang ketara terhadap Sabah semasa zaman pasca merdeka dan kini.


Setiausaha Penganjur UPKO, Monih Epin, 54 menceritakan bahawa semasa zaman kanak-kanak beliau iaitu pada tahun 1970-an, beliau begitu mengharapkan agar beliau dapat bersekolah dengan baik, mempunyai makan dan minum yang mencukupi dan rumah yang baik buat keluarga.


“Sebagai anak sekolah pada masa itu tentu saja saya mengharapkan keadaan kampung, daerah, negeri dan negara sentiasa dalam keadaan aman damai,” katanya ketika ditemui wartawan Nabalu News.


Namun begitu, keadaan aman damai itu mula terjejas pada awal 1970-an ekoran beberapa peristiwa antaranya ialah perubahan agama Islam sebagai agama rasmi dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi di Sabah oleh kerajaan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada ketika itu," menurut Monih.


“Perubahan seperti menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi di Sabah merupakan sesuatu yang tidak wajar sedangkan dalam Perkara 20, agama rasmi tiada di Sabah.


“Selain itu, perubahan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah juga telah mengakibatkan perubahan drastik di sekolah kerana bahasa pengantar terpaksa dipindahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.


“Malah seingat saya juga pada awal 1970-an itu juga di Kuala Penyu ada peristiwa bantahan serta soladariti orang kampung di ekoran penangkapan paderi berketurunan Barat di St. Peter Bundu Kuala Penyu,” katanya.


Tambah Monih lagi, puluhan ribu pelarian perang dari selatan Filipina yang ditempatkan di Sabah mula tahun 1970-an juga telah menggugat kedamaian hidup masyarakat asal di Sabah waktu itu.

Monih Epin

“Sejak itu, kewarganagaraan penduduk Sabah sudah tidak murni lagi sehinggalah sekarang," katanya.


Menurutnya lagi. peristiwa Double Six yang berlaku pada 6 Jun 1976 juga merupakan suatu peristiwa perit buat Sabah.


“Ramai rakyat pada ketika itu beranggapan bahawa peristiwa tersebut ada kaitannya dengan situasi politik serta hasil bumi Sabah iaitu minyak dan gas asli.


“Seminggu selepas peristiwa Double Six itu, bermula peristiwa hitam bagi Sabah iaitu penandatanganan Akta PDA 1974 yang bermakna penyerahan hak milik minyak Sabah kepada Persekutuan melalui Syarikat Petronas buat selama-lamanya.


“Sejak itu rakyat Sabah tidak dapat lagi menikmati hasil minyak dan gas untuk pembangunan, biasiswa dan sebagainya kerana hanya mendapat bahagian lima peratus daripada hasil minyak oleh Petronas di perairan Sabah.


Monih berkata ekoran daripada perisitiwa-peristiwa tersebut, bagi beliau tiada perkara yang boleh dibanggakan.


“Banyak hak, perjanjian Malaysia, ketenteraman dan hasil bumi Sabah telah diubah suai dan diubah milik bermula dari 1970-an.


“Justeru itu, tiada perkara yang membanggakan bagi saya selaku penduduk sabah, kerana pada waktu itulah era kegelapan dan penafian hak bermula di Sabah dan seterusnya semakin berleluasa sehingga kini,” katanya.

Di sebalik segala peristiwa hitam tersebut, Monih bersetuju bahawa terdapat juga pembangunan dan kemajuan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan persekutuan, namun belum lagi dapat mencapai tahap maksimum seperti yang diharapkan.


“Pada pandangan saya, kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sumber air, elektrik, sekolah, dewan masyarakat dan sebagainya belum lagi memuaskan dan kurang berkualiti.


“Dari segi ekonomi pula, realitinya kemiskinan di Sabah masih lagi tinggi khususnya di luar bandar. Malah peluang pekerjaan juga sangat kurang sehingga rakyat Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung Malaysia atau ke luar negeri untuk mencari kerja.


“Tambahan lagi, perniagaan juga memberikan pulangan yang kurang menguntungkan di Sabah terutamanya bagi industri kecil dan sederhana (IKS) atau peniga-peniaga kecil.


“Justeru itu sempena Hari Malaysia ini, saya berharap agar politik dan ekonomi Sabah ditadbir urus dengan baik agar Sabah boleh benar-benar maju sekurang-kurangnya seperti Singapura yang mempunyai purata pendapatan perkapita (GDP) yang tinggi.


“Berdasarkan statistik GDP bagi negeri Sabah pada tahun 2019 ialah 23.6 ribu USD berbanding Singapura 372.1 billion USD,” katanya.


Manakala Ketua Kampung Langkuas Kinarut, Florensius Basol, 61, mengatakan harapan beliau ketika pasca merdeka ialah Sabah maju dalam pelbagai aspek.


“Apa yang harapkan selepas Sabah menyertai Malaysia ialah kemajuan dan pembangunan Rakyat dalam sosial ekonomi, pendidikan, pekerjaan, dan pembangunan infrastruktur, bukan sahaja di bandar tapi juga di luar bandar.

Florensius Basol

“Selain itu, saya mengharapkan adanya peluang pekerjaan, pemberian biasiswa dan rumah kepada golongan miskin, kebebasan beragama, serta tiada penindasan terutamanya kepada masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM), dan tidak ada yang terpinggir.


Walau bagaimanapun, ketika ditanya samada harapan tersebut tercapai pada masa kini, Florensius menjawab: "Secara keseluruhannya, tidak."


“Harapan dan impian saya itu, secara keseluruhannya nampaknya tidak begitu tercapai lebih-lebih lagi apabila membabitkan masyarakat KDM yang tinggal di luar bandar atau pedalaman.


“Seperti yang saya katakan dari awal, pemberian biasiswa dan peluang pekerjaan, lebih-lebih lagi peruntukan pembangunan untuk negeri Sabah nampak sangat yang kita ini dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan.


“Lihat sahaja jalan-jalan desa terutama di kawasan pedalaman, jarang sekali diberi perhatian. Ini sangat mengecewakan,” katanya.


Namun bagi Lily Sagoi Tanur, 65, dan Doimi Tanur, 71, dari Kg. Tiong Ratau, Tamparuli, kedua-duanya merasakan bahawa harapan mereka semasa pasca merdeka jelas tercapai pada masa kini cuma mereka inginkan lebih banyak penambahbaikan lagi dari segi infrastruktur.

Lily Sagoi Tanur

“Semasa kecil lagi, kami diajar untuk bercucuk tanam dan menternak haiwan. Kami langsung tidak tahu mengenai pembangunan.


“Pada masa itu, kami ingin ke sekolah bagi mengubah nasib keluarga tetapi tidak berjaya kerana kehidupan kami amat susah pada ketika itu.


“Jika diingatkan kembali, pada masa itu memang tidak ada jalan raya dan elektrik pun di kampung kami."


Bercakap mengenai perubahan Sabah pada masa kini, mereka mengatakan pembangunan di kampung sudah jelas kelihatan.


“Sekarang jalan raya dan elektirk pun sudah ada. Hampir semua orang pun sudah ada kereta dan ini memudahkan perjalanan untuk ke sana sini.


“Harapan kami ialah, kami inginkan supaya kampung kami ini akan lebih bertambah maju lagi. Kami inginkan klinik kesihatan yang lengkap di kampung kami supaya kami tidak lagi bersusah-susah untuk ke bandar.


Doimi Tanur

“Hal ini kerana, sekiranya semua kemudahan dan perkhidmatan di kampung lengkap seperti klinik kesihatan, balai polis, air yang terawat dan sekolah menengah yang dekat pastinya kehidupan masyarakat di kampung akan bertambah senang,” ujar mereka.


Sementara itu, Jimmy Chee, 61, yang berketurunan Sino Kadazan pula menceritakan bahawa semasa zaman remaja beliau iaitu pada zaman 1970-an, harapannya adalah dalam kemajuan negeri Sabah seperti negeri-negeri lain di Malaysia.


Hal ini kerana, menurutnya, semasa zaman itu, semua keperluan asas seperti elektrik, air dan jalan raya masih belum tercapai untuk semua penduduk di Sabah, terutamanya di kampung-kampung.

Jimmy Chee

“Pada waktu malam, kami terpaksa berlampukan menggunakan minyak gas atau kerosin dan juga lilin. Kadangkala kami terpaksa bergelap sekiranya sumber tersebut habis.


“Malah bagi mereka yang kekurangan, mereka terpaksa bercahayakan sang bulan pada waktu malam.


“Manakala bagi sumber air pula, kami terpaksa menggunakan air sungai atau air perigi untuk meneruskan kehidupan seharian.


"Jangankan pula soal jalan raya, jalan raya juga amat terhad malah ada kawasan yang langsung tidak ada jalan perhubungan. Situasi pada masa itu amat jauh berbeza dengan negeri-negeri yang lain,” katanya.


Namun, menurut Jimmy, kini beliau melihat Sabah mulai menikmati arus pembangunan seiring dengan perkembangan zaman.


“Bagaimanapun, di sebalik kemajuan yang dinikmati saya mengharapkan agar elemen perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Sabah untuk lebih diutamakan.


“Di Hari Malaysia, saya berharap anak-anak generasi baharu bersama-sama generasi terdahulu dapat memperkasakan elemen perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian terus terpelihara di bumi Sabah tercinta,” katanya.

Clement Jaikul JP

Datuk Clement Jaikul JP, seorang pesara polis dari Ranau, juga menaruh harapan yang sama untuk Sabah ketika zaman 60-an iaitu melihat Sabah mencapai kemajuan dalam pendidikan, ekonomi dan politik sebelum Borneo Utara (kini Sabah) memperoleh pemerintahan sendiri.


Sama seperti Jimmy, Datuk Clement mengharapkan pada Hari Malaysia kini aspek perpaduan kaum dijadikan sebagai asas kepada kemajuan dan kemakmuran negara.


“Saya tidak begitu optimistik dengan masa depan negara namun saya berharap bahawa kaum dan agama tidak dipolitikkan.


“Hal ini kerana, apabila isu perkauman dan keagaman dijadikan fokus dalam kerajaan, harapan dan impian orang asal (indigenous people) akan punah,” katanya.





 
 
 

174 Comments


Steven Fooks
2 days ago

W88 thấy bạn bè nói hoài nên cũng bấm vào coi thử cho biết. Mình kiểu vào lướt nhanh thôi, không có ngồi đọc dài, chủ yếu xem bố cục có dễ theo dõi không. Vừa mở ra là thấy lịch thi đấu với tỷ lệ kèo trong ngày nằm khá rõ, nhìn cái là biết hôm nay có những trận nào đáng chú ý. Mình thích nhất là có bộ lọc theo ngày với giải đấu, chọn cái là nó gọn lại liền, khỏi phải kéo xuống tìm mệt. Mấy bảng thông tin chia theo từng trận nhìn khá “gọn gàng”, tiêu đề với cột dữ liệu đặt ngay trên cùng một giao diện nên không bị rối mắt.

Like

Steven Fooks
4 days ago

Mình hay chú ý đến các số liệu thống kê khi đọc thông tin về một nền tảng trực tuyến. Những con số về lượng hội viên giúp mình hiểu rõ hơn về quy mô hệ thống. Khi mình đọc thêm về SUNWIN thì thấy trong năm 2025 có hơn 1 triệu ID đăng ký mới. Tổng số hội viên được giới thiệu khoảng 7,3 triệu. Trung bình mỗi tuần hệ thống ghi nhận khoảng 320.000 phiên hoạt động. Ngoài ra còn áp dụng bảo mật SSL 256bit

Like

Mandy Comdera
Mandy Comdera
4 days ago

F98 lúc đầu mình cứ nghĩ sẽ giống mấy site mình từng dùng trước đây, mở ra là chữ nghĩa với nút bấm chồng lên nhau nhìn hoa cả mắt, ai dè vào thử thì bố cục lại khá “gọn”, liếc một vòng là định vị được mình đang ở trang nào và phần nào nằm ở đâu. Mình cũng không đào sâu nội dung gì đâu. Chỉ lướt qua giao diện thôi. Cách họ chia thông tin theo từng khối nhìn rõ ràng. Kéo xuống là mỗi phần tách ra mạch lạc. Mấy bảng dạng cột trình bày gọn nên đọc nhanh. Menu để ngay chỗ dễ thấy nên chuyển mục cũng lẹ, nhất là kiểu họ nhóm các…

Like

Chú Cua Chăm Chỉ
Chú Cua Chăm Chỉ
5 days ago

F98 lúc đầu mình cứ nghĩ sẽ giống mấy site mình từng dùng trước đây, mở ra là chữ nghĩa với nút bấm chồng lên nhau nhìn hoa cả mắt, ai dè vào thử thì bố cục lại khá “gọn”, liếc một vòng là định vị được mình đang ở trang nào và phần nào nằm ở đâu. Mình cũng không đào sâu nội dung gì đâu. Chỉ lướt qua giao diện thôi. Cách họ chia thông tin theo từng khối nhìn rõ ràng. Kéo xuống là mỗi phần tách ra mạch lạc. Mấy bảng dạng cột trình bày gọn nên đọc nhanh. Menu để ngay chỗ dễ thấy nên chuyển mục cũng lẹ, nhất là kiểu họ nhóm các…

Like

Steven Fooks
6 days ago

trang chủ sunwin liên quan đến chủ đề mình quan tâm, mình thấy website này được dẫn nguồn nên ghé vào xem thêm. Mình đọc thử một vài nội dung để xem cách thông tin được trình bày. Các bài có tiêu đề khá rõ, phần nội dung dễ đọc và những ý chính cũng dễ nhận biết khi lướt nhanh. Việc chuyển sang các bài khác diễn ra nhanh, trang hoạt động ổn định trên điện thoại. Nhìn chung, mình thấy website khá dễ theo dõi và thuận tiện khi cần tham khảo thông tin.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page