Sabah juara keseluruhan Kejohanan Olahraga  MSSM kali ke-62
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah juara keseluruhan Kejohanan Olahraga  MSSM kali ke-62


25 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah muncul  juara keseluruhan Kejohanan Olahraga  Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)  kali ke-62, di Stadium Nasional Bukit Jalili di sini semalam.


Secara keseluruhannys Sabah meraih 41 pingat iaitu 15 pingat emas, 16 perak dan 10 gangsa.


Manakala tempat kedua pula dimenangi Kontinjen Johor dengan kutipan 34 pingat  iaitu 15 pingat emas, sembilan perak dan 10 gangsa.


Tempat ketiga pasukan Selangor yang berjaya mengutip 27 pingat dengan 11 emas dan masing-masing lapan perak dan gangsa.


Penutupan kejohanan itu yang berlangsung selama lima hari dan berakhir kelmarin disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dr. Norisah Suhaili.


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen Sabah atas kejayaan  menjuarai Kejohanan Olahraga MSSM kali ke-62 tahun ini.


“Kami amat berbangga dengan pencapaian anda semua dan kemenangan ini cukup bermakna buat kami di Sabah,” katanya dalam perkongsisn melalui Facebooknya.



Sementara itu Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau juga turut merakamkan tahniah kepada semua Atlet Olahraga MSS Sabah atas kejayaan dalam Kejohanan MSSM Kali ke-62.


“Says sempat menonton larian bertenaga daripada Pelari MSS Sabah 4x100 meter yang menghadiahkan pingat emas dan berjaya memperbaharui rekod baru kejohanan.


“Rekod sebelum ini dipegang oleh MSS Selangor 41.32 saat dan sekarang Rekod Terbaru 41.29 saat dipegang oleh atlet Sabah.


“Tahniah kepada semua yang terlibat yang sudah bersusah payah demi mencapai kejuaraan kali ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

bottom of page