Sabah kembali catat peningkatan kes harian Covid-19 hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah kembali catat peningkatan kes harian Covid-19 hari ini



1 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah kembali mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 yang lebih tinggi hari ini dengan 270 kes, peningkatan sebanyak 56 kes berbanding sebelumnya.


Menurut Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, catatan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 367,679 kes.


Sementara itu tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.


“Nisbah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu agak seimbang, iaitu 12 daerah mencatatkan peningkatan dan 13 daerah mencatatkan penurunan kes baharu.


“Walau bagaimanapun, perubahan angka bagi daerah-daerah yang mencatatkan penurunan adalah pada julat satu angka sahaja manakala terdapat tiga daerah mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Kota Kinabalu 71 kes (+37), Penampang 38 kes (+20) dan Sandakan 15 kes (+10).


“Pertambahan kes baharu di daerah-daerah ini sedikit sebanyak menentukan jumlah kes keseluruhan bagi negeri Sabah pada hari ini,” katanya.


Tambah Masidi, sebanyak sembilan daerah mencatatkan kes dua angka termasuk Kota Kinabalu (71 kes), Penampang (38 kes), Papar (26 kes), Sandakan (15 kes) dan Tuaran (15 kes), manakala 15 daerah lain mencatatkan kes satu angka.


Dalam pada itu, tiga daerah iaitu Telupid, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu hari ini.


Masidi juga mengingatkan bahwa peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, iaitu 61.48 peratus daripada semua kes yang dilaporkan.


“Jabatan Kerajaan Negeri Sabah JKNS menamatkan Kluster Jalan Kebulian di Kota Marudu ekoran tidak ada lagi rantaian kes baharu yang mempunyai kaitan dengan kluster berkenaan.


“Sabah sedang melalui fasa penstabilan dan setakat ini tidak ada lagi kluster baharu yang dilaporkan.


“Ini bermakna hanya terdapat tiga kluster yang masih aktif di Sabah,” katanya.


Seramai 258 orang atau 95.56 peratus daripada 270 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Tiga orang berada dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan lima pesakit dalam Kategori 5 hari ini

bottom of page