SABAH MENCATATKAN 265 KES BAHARU COVID-19, 4 KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH MENCATATKAN 265 KES BAHARU COVID-19, 4 KEMATIAN


29 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah mencatatkan sedikit penurunan iaitu daripada 308 kes (28 Mei) kepada 265 kes (29 Mei) hari ini dengan peningkatan sebanyak 43 kes dan empat kes kematian dilaporkan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 265 kes jangkitan baharu hari ini, 134 kes hasil saringan kontak rapat, 75 kes saringan kluster, 35 kes saringan bergejala, tujuh kes saringan bersasar dan 14 kes daripada lain-lain kes. “Terdapat 14 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes pada julat satu angka sahaja kecuali tiga daerah lain yang menunjukkan penurunan ketara pada julat dua angka iaitu Keningau (-20 kes), Kunak (-16) dan Papar (-14 kes).


"Hanya dua daerah yang mencatatkan peningkatan kes pada hari ini namun, trend peningkatan ketara telah berlaku di kedua-dua daerah tersebut iaitu Tawau 72 kes (+35) dan Kalabakan 46 kes (+21).


"Tiga (3) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Sandakan (11 kes), Kota Belud (10 kes) dan Sipitang satu (1) kes kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, 10 daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Ranau, Beluran, Telupid, Pitas, Kota Marudu, Kinabatangan, Tongod, Tenom, Nabawan dan Tambunan. Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 153 menjadikan jumlah kumulatif 59,391 orang. “Seramai 1,407 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 419 orang di hospital, 418 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara lima orang. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 25 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page