Sabah pastikan pelawat antarabangsa lengkap divaksin dan dos penggalak
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah pastikan pelawat antarabangsa lengkap divaksin dan dos penggalak



8 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mahu pastikan setiap pelawat antarabangsa yang datang ke negeri ini sudah lengkap divaksin dan ‘boosted, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


“Mungkin perlu ada sedikit penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi Sabah dengan mengambilkira negeri ini menerima ramai pelawat yang datang dengan bot daripada dua negara jiran, yakni Filipina dan Indonesia.


“Jawatankuasa Pengurusan Covid Negeri Sabah akan menunggu SOP kebangsaan diumumkan secara terperinci bagi membolehkan Jawatankuasa berbincang dan membuat penyesuaian mana yang perlu dalam fasa peralihan ke endemik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mengenai jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini di Sabah, Masidi berkata, sebanyak 1,216 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 354,540 kes.


“Sebanyak lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Keningau, Tuaran dan Tawau.


“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” katanya.


Masidi berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 3,060 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 319,582 orang.


“Manakala 1,292 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 843 orang di hospital, 431 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 17 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 57 orang merangkumi 48 di ICU/repurposed kritikal care serta sembilan di open ward (HDW/kubikel akut) dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.


Masidi berkata, walaupun terdaat penurunan jumlah kes baharu pada hari ini namun ia tidak semestinya mencerminkan Sabah berada dalam fasa penstabilan.


“Peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik juga kekal tinggi pada 64.06 peratus daripada jumlah keseluruhan.


“Jumlah ini hampir dua-pertiga daripada jumlah kes-kes baharu di Sabah,” katanya.


Katanya lagi, tujuh kluster di Sabah diisytiharkan tamat hari ini di mana enam daripadanya adalah kluster institusi pendidikan.


“Kluster-kluster tersebut ialah Kluster Jalan Pertukangan (Sandakan), Kluster Teritipan (Kota Marudu), Kluster Lorong Api- Api (Kota Kinabalu), Kluster Jalan Sri Balung (Tawau), Kluster Jalan Pendidikan Ranau (Ranau) dan Kluster Sungai Batang Batu 10 (Sandakan).


“Satu lagi kluster yang ditamatkan ialah kluster berisiko tinggi iaitu Kluster Montenior (Beaufort).


“Baki jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negeri Sabah ialah 31 kluster,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page