Sabah rekod 402 kes Covid-19 baharu, tiga kematian hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah rekod 402 kes Covid-19 baharu, tiga kematian hari ini


22 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 402 kes, penurunan marginal 14 kes berbanding jumlah semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan angka kes tersebut, jumlah kumulatif kes Covid-19 bagi negeri itu kini berada pada 364,727 kes.


Beliau menjelaskan daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran yang sering menjadi daerah-daerah penentu jumlah keseluruhan kes harian di Sabah mencatatkan kes-kes baharu yang lebih rendah hari ini.


“Kota Kinabalu mencatat 119 kes (-18), Penampang 34 kes (-9), Papar 31 kes (-18) dan Tuaran 17 kes (-15


“Jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka bertambah daripada tujuh daerah semalam kepada 13 daerah hari ini.


“Sebanyak 11 daerah pula mencatatkan kes satu angka sementara Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya menerusi satu kenyataan.


Beliau berkata, sebanyak 388 atau 96.52 peratus daripada 402 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5.


Sementara itu Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Beaufort, Ranau dan Tuaran.

bottom of page