Sabah rekod 55 kes kematian akibat Covid, tertinggi setakat iniSabah rekod 55 kes kematian akibat Covid, tertinggi setakat ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Sabah rekod 55 kes kematian akibat Covid, tertinggi setakat ini



4 September 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 55 kes kematian akibat Covid iaitu jumlah kematian tertinggi setakat ini dan sebanyak 2,279 kes baharu turut direkodkan hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kematian yang dilaporkan, 12 kes di Tuaran, 10 kes di Kota Kinabalu, tujuh kes di Tawau, enam kes di Sandakan, empat kes di Lahad Datu, tiga kes di Penampang.


"Putatan, Keningau, Beluran dan Papar masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes di Kuala Penyu, Kalabakan, Tenom, Kudat dan Kinabatangan," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes tertinggi Covid iaitu sebanyak 455 kes, diikuti Sandakan dengan 360 kes, Tuaran (202 kes), Tawau (126 kes), Penampang (123 kes), dan Papar (111 kes). "Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 1067 kes adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 92 kes adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 181 kes adalah yang didaftar lewat melebihi 5 hari selepas keputusan ujian diketahui.


"Terdapat jumlah Saringan Kontak Rapat menurun tetapi jumlah kes melalui Saringan Bergejala bertambah.


"Namun, trend ini agak membimbangkan kerana ia satu petanda virus Covid-19 semakin berleluasa di kalangan masyarakat tanpa diketahui punca penyebaran," katanya.


Menurut Masidi, peratusan kontak rapat hari ini turun kepada 54.3 peratus atau 1,237 kes tetapi jumlah daripada saringan bergejala naik kepada 31.1 peratus atau 708 kes manakala saringan kluster menyumbang 164 kes.


"40 peratus kes atau bersamaan 182 kes di Kota Kinabalu adalah berpunca daripada saringan bergejala, manakala Sandakan 28.6 peratus (103 kes), Tawau 42 peratus (53 kes) dan Penampang 36.6 peratus (45 kes). Tambah beliau, pesakit dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5 kekal dalam paras yang dianggap tinggi.


"Hari ini pesakit dalam Kategori 1 adalah sebanyak 626 kes, Kategori 2, (1,527 kes), Kategori 3 (20 kes), Kategori 4 (10 kes) dan Kategori 5 sebanyak sembilan kes. "Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 1,943 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 124,371 orang," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page