Sabah rekod kes baharu Covid di bawah 1,000 kes, sebanyak 962 kes hari iniSabah rekod kes baharu Covid di bawah 1,000 kes, sebanyak 962 kes hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah rekod kes baharu Covid di bawah 1,000 kes, sebanyak 962 kes hari ini



25 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kes baharu Covid-19 di bawah angka 1,000 kes iaitu sebanyak 962 kes hari ini, pertama kali sejak 4 Ogos yang lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, kes Covid-19 hari ini merekodkan penurunan sebanyak 311 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 193,186 kes.


Bagi bilangan kematian pula, sebanyak 19 kes kematian dilaporkan hari ini tujuh kes di Sandakan, tiga kes di Kota Kinabalu, dua kes di Tenom dan Kota Marudu manakala masing-masing satu kes di Lahad Datu, Tawau, Papar, Kinabatangan dan Kunak.


"Secara keseluruhan, terdapat penurunan jumlah kes yang signifikan di beberapa daerah hari ini seperti Kota Kinabalu yang merekodkan 91 kes hari ini (-112 kes), Lahad Datu dengan 45 kes baharu (-45 kes), Beluran dengan 25 kes baharu (-40 kes), Kota Marudu dengan 65 kes (-33 kes), dan Tongod dengan 2 kes baharu (-31 kes).


"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 492 kes manakala saringan bergejala mempunyai 368 kes, enam daripada saringan kluster, dan 96 kes melalui saringan lain-lain," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Manakala, Masidi berkata bilangan pesakit sembuh ialah 2,233 termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), menjadikan jumlah kumulatif 171,056 orang.


"Seramai 3,566 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,294 orang di hospital, 2,225 orang di PKRC Awam, 38 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 158 orang merangkumi 137 di ICU serta 21 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 58 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan."


Tiada Kluster Covid-19 baharu direkodkan di Sabah hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page