top of page

SABAH SASAR TINGKAT KAPASITI MAKMAL PROSES 4,000 SAMPEL COVID-19 SEHARI TAHUN DEPAN

  • nabalunews
  • Nov 20, 2020
  • 1 min read

20 NOV 2020


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap kapasiti makmal di negeri itu akan dapat ditingkatkan tahun depan sehingga mampu memproses 4,000 ujian sampel COVID-19 dalam sehari, berbanding hanya 2,700 ujian sahaja dalam sehari ketika ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga semalam, 4,496 sampel COVID-19 di Sabah belum diproses.

Beliau berkata 64 peratus daripada jumlah itu diuruskan di Sabah manakala selebihnya dikendalikan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh; Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur, dan makmal swasta yang lain.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media harian COVID-19 Sabah, di sini hari ini, beliau berkata sehingga semalam 3,030 bayi dan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dilaporkan dijangkiti COVID-19 di negeri ini, dengan 1,241 daripadanya adalah kanak-kanak berumur kurang dari lima tahun dan 191 adalah bayi berumur di bawah setahun.

Merujuk kepada perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata 512 kes positif baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes itu di negeri ini ialah 25,441, dengan 300 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Menurutnya 2,268 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) seluruh negeri, dengan 35.01 peratus daripada 6,478 kapasiti katil di hospital dan PKCR seluruh negeri, digunakan. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page