SABAH TERIMA 1.2 JUTA DOS VAKSIN, OGOS INISABAH TERIMA 1.2 JUTA DOS VAKSIN, OGOS INI
top of page
  • nabalunews

SABAH TERIMA 1.2 JUTA DOS VAKSIN, OGOS INI


Hajiji (dua dari kiri) meninjau pemberian vaksin kepada malim gunung diiringi Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi (tiga dari kiri) dan Syahrin (kiri).

9 Julai 2021


RANAU: Sebanyak 1.2 juta dos vaksin Covid-19 bakal diterima Sabah menjelang Ogos ini.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata jumlah itu merupakan tambahan bagi 1 juta dos yang diterima pada bulan ini.


"Penambahan lebih 2 juta vaksin ini sudah tentu akan mempercepatkan lagi proses vaksinasi bagi negeri ini, di samping pembukaan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang baharu.


"Selain itu, program outreach ke kawasan pedalaman juga giat dijalankan dalam memastikan lebih ramai penduduk mendapatkan suntikan vaksin.



Hajiji (kiri) dan Joachim (dua dari kiri) mendengar isu disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Kundasan, Mariana Taliban (kiri).

"Kita berharap, proses vaksinasi ini dapat diperhebat lagi kerana ia adalah cara untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 ini," jelasnya ketika ditemui media selepas taklimat status Covid-19 Ranau di sini, pada Khamis.


Dalam pada itu, Hajiji turut melakukan lawatan ke gerai Pekan Kundasang bagi meninjau keperluan peniaga-peniaga sayur dalam lawatan sehari di daerah berkenaan.


"Kita mengambil maklum permohonan peniaga di sini yang mahu kawasan tempat letak kereta di hadapan gerai-gerai ini diturap.


"Perkara ini akan diberi keutamaan kerana selain masyarakat tempatan, gerai-gerai ini juga antara lokasi pelancong luar datang berkunjung," ujar beliau.


Taklimat status Covid-19 Ranau yang disampaikan oleh Syahrin.

Terdahulu, Hajiji menyaksikan Program Imunisasi Covid-19 bagi malim gunung, petugas Gunung Kinabalu dan petugas Restoran Laban Rata di Taman Kinabalu serta menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu dan Persatuan Porter Gunung Kinabalu.


Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakubah Khan, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir./Penerangan-


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page