Sabah terus catat peningkatan kes Covid-19
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah terus catat peningkatan kes Covid-19


15 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Angka jangkitan harian kes Covid-19 di Sabah terus meningkat dengan jumlah kes baharu sebanyak 98 kes, 16 kes lebih tinggi daripada semalam.


Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di neteri ini adalah sebanyak 372,998 kes.


Ujar beliau, lebih banyak daerah merekodkan kes jangkitan baharu.


“Hari ini cuma 11 daerah tidak mencatat sebarang jangkitan sepanjang 24 jam yang lalu berbanding 14 daerah semalam.


“Sandakan dan Papar yang tidak merekodkan jangkitan sebelum ini mencatatkan kes baharu hari ini. Sandakan mencatatkan tujuh kes dan Papar enam kes.


“Penampang mencatat 22 kes baharu berbanding hanya 13 kes kelmarin, tetapi Kota Kinabalu susut tujuh kes kepada 34 kes daripada 41 kes semalam,” katanya dalam satu kenyataan.


Secara keseluruhan sembilan daerah mencatat peningkatan kes baharu berbanding tujuh daerah yang merekodkan penurunan.


Tambah Masidi, kesemua 98 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

bottom of page