Sabah terus catat peningkatan kes harian Covid-19, sebanyak 675 kesSabah terus catat peningkatan kes harian Covid-19, sebanyak 675 kes
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah terus catat peningkatan kes harian Covid-19, sebanyak 675 kes


3 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah terus merekodkan peningkatan jumlah kes harian Covid-19 dengan 675 kes hari ini, iaitu sebanyak 126 kes berbanding kelmarin.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata peningkatan kes di 18 daerah hari ini menyumbang kepada pertambahan kes harian Covid-19 dengan 10 daerah mencatatkan peningkatan yang ketara.


“Antara daerah yang mencatatkan peningkatan kes ialah Ranau (+34) kes, Kota Kinabalu (+26) kes, Tuaran (+15) kes, Kinabatangan (+15) kes, Sandakan (+13) kes, Keningau (+13) kes, Sipitang (+13) kes, Kota Marudu (+12) kes, Papar (+12) kes dan Putatan (+10) kes.


“Hanya lapan daerah di Sabah yang mencatat kurang dari 10 kes manakala empat dearah mencatat lebih 50 kes iaitu Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau dan Kota Marudu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jelas beliau, kes daripada saringan bergejala atau kes-kes sporadik kekal tinggi dengan 258 kes, manakala saringan kontak rapat merekodkan 343 kes, saringan kluster sebanyak 24 kes dan saringan lain-lain merekodkan 50 kes.


“Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 442 kes bersamaan 65.48 peratus adalah kes-kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu.


“Kes-kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah. Kebanyakan kes adalah dalam Kategori 2 iaitu 550 orang atau 81.5 peratus dan Kategori 1 sebanyak 109 orang atau 16.2 peratus.


“Manakala jumlah kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4 masing-masing empat orang, Kategori 5, satu orang serta tujuh kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” ujarnya.


Dari segi bilangan kes kematian, Masidi berkata sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu satu kes masing-masing di Keningau, Nabawan, Kota Marudu dan Kota Kinabalu.


“Bilangan pesakit yang sembuh pada hari ini ialah 436 orang termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 208,572 orang.


“Manakala sebanyak 1,84 8pesakit sedang menerima rawatan iaitu 736 orang di hospital, 1,094 orang di PKRC, 17 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara dan satu orang di fasiliti swasta.


Jelas Masidi lagi, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal pada setakat hari ini ialah 80 orang merangkumi 76 di ICU serta empat kubikel akut dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

bottom of page