Sabah terus catat trend penurunan kes Covid-19 di bawah paras 300
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah terus catat trend penurunan kes Covid-19 di bawah paras 300


27 March 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan trend penurunan kes Covid-19 dengan 245 kes baharu hari ini, iaitu 24 kes lebih rendah daripada semalam.


Menter Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif di Sabah sebanyak 366,437 kes.


“Hampir semua daerah di Sabah mencatatkan penurunan pada jumlah jangkitan harian termasuk sifar kes di enam daerah, iaitu Kalabakan, Tongod, Nabawan, Kunak, Telupid dan Semporna.


“Hanya lima daerah mencatatkan pertambahan jumlah kes harian. Kecuali Kota Kinabalu (97 kes) yang mencatat pertambahan hampir tiga kali ganda daripada 36 kes kelmarin, daerah-daerah lain hanya melaporkan jumlah pertambahan yang marginal.


“Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes baharu satu angka, enam daerah dengan dua angka dan enam lagi daerah tidak mencatat sebarang kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi.


Walau bagaimanapun risiko jangkitan secara sporadik kekal tinggi dan hari ini, 59.59 peratus daripada semua kes baharu.


Beliau mengingatkan bahawa walaupun jumlah jangkitan baharu di Sabah semakin terkawal tetapi amatlah disarankan agar rakyat terus mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa.


“Seramai 242 orang atau 98.77 peratus daripada 245 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3 dan dua orang pesakit dalam Kategori 4. Tidak ada kes baharu dalam Kategori 5 hari ini.


“Sementara itu, hanya satu kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Sandakan,” tambahnya.

bottom of page