SABAH TUBUH PASUKAN PETUGAS IMUNISASI COVID-19SABAH TUBUH PASUKAN PETUGAS IMUNISASI COVID-19
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH TUBUH PASUKAN PETUGAS IMUNISASI COVID-19


Datuk Masidi Manjun

19 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) yang diselaraskan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah, bagi menyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di peringkat negeri.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, selain itu, Pasukan CITF di peringkat daerah juga telah diaktifkan yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Pasukan CITF ini diwujudkan bagi memastikan seramai mungkin penduduk Sabah menerima vaksin Covid-19 dalam tempoh yang ditetapkan melalui Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.


“Dari segi gerak kerja, persediaan yang sedang dilaksanakan antaranya melibatkan pengurusan logistik, persediaan Pusat Pemberian Vaksin di setiap daerah, pengurusan tindakan perubatan, pengurusan sukarelawan dan komunikasi strategik bagi kempen menjayakan vaksinisasi Covid-19,” katanya pada sidang akhbar, di sinil, hari ini.


Masidi berkata, Fasa 1 melibatkan frontliners yang telah dikenalpasti, Bagi Fasa 2, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memberikan vaksinasi kepada golongan sasar seperti warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi dan orang kelainan upaya (OKU).

“Bagi Fasa 3 akan melibatkan kategori orang awam berumur 18 ke atas dan tanpa komorbiditi,” katanya.


Beliau berkata, pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 digalakkan dilakukan menerusi applikasi MySejahtera. Maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.


“Warga emas dan tanggungan yang tidak mempunyai kemudahan telefon bimbit boleh didaftarkan sebagai tanggungan melalui ruangan “Manage Dependents” di dalam applikasi MySejahtera.


"Orang ramai yang tidak mempunyai kemudahan internet boleh membuat pendaftaran secara manual di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta yang ditetapkan," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page