top of page

SALLEH DILANTIK PENGERUSI KELAB BACKBENCHERS GABUNGAN RAKYAT SABAH

  • nabalunews
  • Nov 17, 2020
  • 1 min read

Datuk Salleh Tun Said

17 Nov 2020


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik sebagai Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Pemilihan beliau dibuat semasa Mesyuarat Pra-Majlis ADUN-ADUN GRS sebelum sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam.


Sementara itu, Salleh menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor atas pelantikan beliau itu.


“Ini merupakan satu amanat dan saya akan cuba melakukan yang terbaik dan berusaha menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Kelab Backbenchers GRS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia mencatatkan kemenangan selesa kerusi DUN Usukan dengan majoriti 4,298 undi. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page