top of page

Sambutan Hari Pekerja pengiktirafan peranan kepada setiap pekerja – PM Anwar

  • Wartawan Nabalu News
  • May 1, 2024
  • 1 min read

1 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Dalam sambutan Hari Pekerja 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada rakyat Malaysia untuk merayakan hari ini bukan sebagai agenda pesta tahunan, tetapi sebagai pengiktirafan terhadap peranan setiap pekerja.


“Selamat Hari Pekerja 2024, kita raikan kerana mengiktiraf peranan setiap pekerja di peringkat serendah mungkin sehingga peringkat pengurusan…kerana mengiktiraf peranan mereka sumbangan mereka.


“Maka saya harap hari pekerja pada tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu, dari segi ganjaran, dari segi rasa hormat dan ehsan kepada pekerja itu

dapat kita tingkatkan," kata Perdana Menteri dalam ucapan beliau hari ini.


Diharapkan Hari Pekerja 2024 akan menjadi titik permulaan untuk peningkatan penghargaan dan penghormatan kepada pekerja di seluruh negara.

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page