Sambutan Krismas Kg Sayap lebih bermakna dengan bangunan baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sambutan Krismas Kg Sayap lebih bermakna dengan bangunan baharu Gereja SIB

22 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Bangunan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Sayap yang dibina bermuka 2016 dengan kos keseluruhan kira-kira RM1.52 juta kini siap sepenuhnya tahun ini.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, dengan siapnya gereja baharu itu, sambutan Krismas penduduk kampung terutamanya yang menyambut Krismas tahun ini lebih.


“Pada saya, pembinaan rumah-rumah ibadat seperti ini satu gambaran jelas kepada amalan kebebasan beragama di negara kita terutamanga di Wilayah Borneo yang perlu dipelihara dan dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pentabisan Gereja SIB Kg.Sayap, di sini, hari ini.


Ewon turut memuji usaha pimpinan gereja atas usaha mengumpul dana dan semangat kebersamaan bergotong-royong memastikan penyiapan pembangunan gereja itu.


“Sebaik dipilih mewakili kawasan ini pada 2018, antara perkara pertama yang saya lakukan ialah menyalurkan peruntukan menyimen jalan menuju ke gereja ini bagi memudahkan kenderaan mengangkut bahan-bahan binaan ke bangunan ini.

“Selepas itu, saya juga telah berkunjung ke sini dan menyampaikan sumbangan untuk pembangunan gereja ini. Saya percaya sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan kewangan pihak gereja,” katanya.


Beliau turut menyokong usaha pimpinan gereja itu untuk merancang menambahbaik kemudahan gereja.


“Selain untuk tujuan beribadah, bangunan gereja ini juga pastinya akan menjadi tumpuan para pengunjung khususnya umat gereja yang melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan,” katanya.


Beliau berkata, selain pembangunan gereja di kawasan Kadamaian, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain turut diberi perhatian.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page