Saringan kontak rapat, bergejala penyumbang utama kes baharuSaringan kontak rapat, bergejala penyumbang utama kes baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Saringan kontak rapat, bergejala penyumbang utama kes baharu


4 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Saringan Kontak Rapat dan Bergejala terus menjadi penyumbang utama kes-kes baharu positif Covid-19 di setiap daerah di Sabah, hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini 52.82 peratus daripada Saringan Kontak Rapat dan 40.61 peratus lagi melalui Saringan Bergejala.


“Ini dapat disimpulkan bahawa keberangkalian tinggi masih berlaku aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan walaupun pelbagai seruan dan saranan pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, 418 kes atau 63.82 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini merupakan kes-kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu.


“Manakala 237 kes atau 36.18 kes adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tujuh hari,” katanya.


Beliau berkata, secara keselurunannya Sabah mencatatkan sebanyak 655 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini menurun sebanyak 20 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 220,221 kes.


Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan masing-masing satu kes di Sipitang, Kunak dan Penampang.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page