Satu kluster baharu dikesan di asrama SMK TambunanSatu kluster baharu dikesan di asrama SMK Tambunan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Satu kluster baharu dikesan di asrama SMK Tambunan


16 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster Covid-19 baharu di dearah Tambunan telah direkodkan pada hari ini melibatkan institusi pendidikan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster baharu tersebut yang bernama Kluster Jalan Kepayan Lama itu mencatatkan jumlah kes positif sebanyak 36 kes.


Ujar Masidi, kluster jenis institusi pendidikan itu melibatkan asrama lelaki SMK Tambunan yang hanya menular di dalam institusi dan tiada jangkitan di luar lokaliti.


“Kes indeks ialah lelaki tempatan, 18, merupakan pelajar asrama yang mula bergejala sejak 9 Januari.


“Kes indeks kemudiannya disahkan positif pada 13 Januari melalui saringan ujian kendiri dan terus dikuarantin,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu, saringan seterusnya telah dibuat ke atas kontak rapat iaitu di kalangan rakan-rakan seasrama telah mendapati 35 orang lagi didapati positif.


“Siasatan lanjut yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan setakat ini jangkitan dan penularan virus terhad di kalangan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama yang sama.


“Semua pelajar yang terlibat telah pun diasingkan untuk rawatan yang sesuai,” katanya.


Manakala, jumlah keseluruhan kes positif baharu di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 213 kes, iaitu penurunan sebanyak 52 kes berbanding semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 244,217 kes.


Selain itu, daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan 209 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat empat kes dalam Kategori 3, manakala tidak ada kes dalam Kategori 4 dan 5.


“Bilangan pesakit yang sembuh ialah 108 termasuk yang discaj dari hospital dan PKRC menjadikan jumlah kumulatif 236,443 orang.


“Manakala 761 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 413 orang di hospital, 340 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) penjara dan satu orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 32 orang merangkumi 28 di ICU serta empat di kubikel akutdan sembilan orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya


Tambah beliau bilangan pesakit kategori empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 22.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page