Satu lagi LRA akan dibina di Tenom dalam RMK13
- nabalunews
- Apr 6
- 1 min read

6 April 2025
TENOM: Satu lagi Loji Rawatan Air (LRA) akan dibina di daerah ini dibawah Rancangan Malaysia ke 13 (RMK 13).
Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC), Datuk Jamawi Jaafar berkata, LRA berkenaan akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap.
Katanya, pembinaan LRA baru ini seiring dengan pembangunan pekan baru Melalap yang akan dibangunkan tidak lama lagi oleh SUDC.
“Dengan wujudnya LRA itu nanti, ia sekali gus menambah kapasiti bekalan air bersih di kawasan Melalap dan daerah Tenom keseluruhannya.
"Pada masa ini kita ada tiga LRA di daerah ini iaitu LRA Senagang, LRA Tenom Lama dan LRA Kemabong" katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kediamannya di Taman Lebih Maju, di sini, hari ini.
Jamawi berkata, LRA Senagang dan Tenom Lama belum dapat memenuhi keperluan bekalan air penduduk di daerah ini terutama di Kawasan Entabuan, Mandalom dan Saga.
Jamawi yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Melalap menegaskan, peruntukan bagi pembinaan LRA baru itu telah diluluskan oleh kerajaan.
"Kita berharap dengan adanya LRA baru itu nanti dapat memenuhi keperluan air bersih khususnya di kawasan Melalap dan daerah Tenom keseluruhannya" jelasnya.
תגובות