Satu lokaliti di Kota Kinabalu dilaksanakan PKPD bermula 12 September

10 September 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Satu lokaliti di Kota Kinabalu dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 September hingga 25 September ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Kopungit. "PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19. "Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini telah menurun kepada 41 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Ranau (sembilan lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Tambah Masidi, PKPD di dua lokaliti melibatkan daerah Ranau dan Penampang akan ditamatkan seperti yang dijadualkan.
"PKPD di Kampung Debut, Ranau, dan Kampung Tindai Kolopis, Penampang yang bermula pada 29 Ogos akan ditamatkan seperti yang dijadualkan pada 11 September ini," katanya.
Comentarios