top of page

Sebuah rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran awal pagi di Tuaran

  • nabalunews
  • Jun 26
  • 1 min read

ree

26 Jun 2025


TUARAN: Sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Busung Kindu, Tuaran musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi. Namun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 5.31 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, sejauh 8 kilometer dari balai.


"Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 10x15 kaki telah terbakar 100 peratus," jelas kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah.


Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula (hose reel) dengan sumber air dari jentera bomba. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.49 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.08 pagi setelah pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada lagi bahaya wujud di lokasi kejadian.


Seramai sembilan anggota dari BBP Tuaran terlibat dalam operasi tersebut, diketuai oleh PBK II Mahmud Bin Jumah. Turut digunakan dua jentera iaitu FRT-BLY358 dengan lima anggota dan EMRS-BNA1566 dengan empat anggota.


Pemangku Ketua Balai BBP Tuaran, PBK I Norkizan Bin Durudin @ Nurudin, boleh dihubungi di talian

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page