top of page

Sebut ‘Murut kafir’, PMMS tuntut Shafie mohon maaf

  • nabalunews
  • 5 days ago
  • 1 min read

ree

9 September 2025


KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS) menuntut Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau yang didakwa menyebut istilah “Murut Kafir” ketika berucap di Melalap pada Ahad.


PMMS dalam satu kenyataan menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap kenyataan bekas ketua menteri itu, selain menegaskan penggunaan istilah tersebut jelas menyinggung perasaan masyarakat Murut, serta mencemar maruah serta identiti kaum berkenaan.


“Istilah kafir tidak seharusnya digunakan terhadap sesuatu bangsa kerana ia berunsur penghinaan, berpotensi menimbulkan salah faham dan boleh menggugat keharmonian antara kaum serta agama di Sabah.

ree

"Sehubungan itu, PMMS menuntut Datuk Seri Shafie Apdal selaku Presiden Parti Warisan agar memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Murut di Sabah,” menurut kenyataan itu pada Isnin.


Selain itu, persatuan itu turut mengingatkan semua pemimpin politik supaya lebih berhati-hati ketika berucap, terutama dalam isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.


PMMS menegaskan pihaknya akan terus memantau serta mengambil langkah sewajarnya demi mempertahankan maruah masyarakat Murut agar tidak dipandang rendah atau dihina oleh mana-mana pihak.


"Sabah terkenal dengan keharmonian dan toleransi antara kaum serta agama. Justeru,kami tidak mahu ada mana mana ucapan yang boleh mengguris perasaan, merosakkan perpaduan dan membawa perpecahan dalam masyarakat majmuk negeri ini," tambah kenyataan itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page