SEKTOR PELANCONGAN SABAH PERLUKAN PELAN PEMULIHAN SEGERASEKTOR PELANCONGAN SABAH PERLUKAN PELAN PEMULIHAN SEGERA
top of page
  • nabalunews

SEKTOR PELANCONGAN SABAH PERLUKAN PELAN PEMULIHAN SEGERA



2 Julai 2021

 

Rakyat Sabah menyambut baik pengumuman daripada Perdana Menteri berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) baru-baru ini yang pastinya bakal memanfaatkan segenap peringkat masyarakat dalam menghadapi kehidupan era pabdemik Covid19 kini.

 

Namun demikian, sektor pelancongan yang merupakan sumber pendapatan utama Negeri Sabah dan penduduknya, antara yang paling terjejas teruk sejak tahun lepas dengan ribuan individu telah kehilangan sumber pendapatan. Realiti dilapangan jauh lebih kritikal sekiranya mengambil kira sub-sektor sokongan yang terlibat dalam rantaian ekonomi tersebut seperti penyedia perkhidmatan sewa kenderaan, pengusaha kraftangan, makanan dan minuman, pengusaha pelancongan desa di luar bandar dan lain-lain.

 

Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini menyatakan sektor sosial hanya akan dibenarkan beroperasi pada fasa 3 iaitu seawal bulan September nanti atau mungkin sehingga hujung tahun. Namun demikian, penyumbang utama kepada peningkatan jumlah positif adalah kluster tempat kerja seperti dikilang dan tapak pembinaan di negeri lain.

 

Saya berpandangan adalah tidak adil untuk SOP yang sama digunakan di Sabah sedangkan penularannya adalah dikawasan industri di luar negeri Sabah.

 

Maka, sebagai langkah pemulihan kepada sektor pelancongan di Sabah, saya mencadangkan beberapa perkara sebagai langkah pemulihan segera sektor pelancongan di Sabah seperti berikut:


1. Pembukaan sektor pelancongan secara berperingkat mengikut zon yang kurang berisiko seperti yang dilaksanakan pada sebelum ini.


2. Mengadakan kempen bagi menggalakkan pelancongan domestik antara daerah di negeri Sabah.


3. Memberikan bantuan penambah baikan fasiliti asas seerti tandas, pondok rehat dan papan tanda di pusat pelancongan luar bandar yang disalurkan melalui persatuan pelancongan yang berdaftar.

 

Saya percaya, dengan kesungguhan yang tinggi, Sabah berupaya untuk melakasanakan pelan pemulihannya sendiri khususnya dalam sektor pelancongan tanpa bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan.

 

Kita lebih tahu apa yang terbaik untuk dilakukan di negeri sendiri.  

 

Azizul Julirin

Pengerusi, Persatuan Mesilou Atamis Homestay Kundasang

bottom of page