top of page

SELURUH NEGARA DI BAWAH PKP KECUALI SARAWAK - ISMAIL SABRI

  • nabalunews
  • Jan 19, 2021
  • 1 min read



19 Jan 2021


KUALA LUMPUR: Seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Jan ini hingga 4 Feb depan.


 Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif COVID-19 dalam komuniti di negeri-negeri terbabit.


"Berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan) kerajaan bersetuju supaya PKP dilaksanakan di negeri-negeri tersebut bagi mengekang penularan COVID-19," katanya dalam sidang media perkembangan PKP, di sini hari ini.


Kerajaan sebelum ini menguatkuasakan PKP di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah mulai 13 hingga 26 Jan.


Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala di Perlis dan Sarawak pula diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sepanjang tempoh tersebut. 


Pada 16 Jan lalu, PKP dilaksanakan di Kelantan hingga 26 Jan ini. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page